Awak nampak biru

Kepul-kepul awan-gemawan bercotek-arek berceretak nampak cantek bagai kapal berlayar di laut langit yang juga biru.

Selisih dengan kapal tangki Pontodromon Limassol.

Serupa Tebing Putih di Dover, baki lagi ia kelabu.

Secalit pesawat melintas.

Anarki di Athina XXXIV

Kurma Manis

Semalam buka di rumah Ust Hairul

Satu hari Imam Ahmad Ibnu Hanbal sedang solat sunat. Tiba-tiba dia mengangkat tangan menunjuk dua jari (mcm org buat peace). Anak muridnya yang menengok pun tanya kenapa tok guru angkat tangan macam gitu tadi? Imam Ahmad jawab tadi Iblis datang goda aku. Dia kata aku solat tadi tak ada wudhuk. Aku pun cakap kat dia, bawakan aku dua saksi yang adil ...

Satu masa Imam Ahmad Ibnu Hanbal tak nak mengaku al-Quran itu makhluk. Maka dia kena hukum dikurung bersama singa supaya menjadi lauk makhluk Allah itu. Muka Imam Ahmad cukup tenang dan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah. Singa itu mengelilingi Imam Ahmad beberapa kali dan tiba-tiba ia datang dan jilat kaki Imam Ahmad. Tapi muka Imam Ahmad yang tadi relaks berubah jadi cemas, terkerut dahi. Bila orang tanya kenapa dia jawab, aku terfikir kalau kaki kena jilat anjing dikira najis berat, tapi kalau kena jilat singa dikira najis berat jugakah?

Pedalo Angsa di Zayandeh


30 Tahun Revolusi Islami XIX

Sebelum pergi Sepahan, Mujiri agha pesan jangan lupa pergi dia punya bath house dekat sana. Tapi bila sampai, kami penuhkan pulak hampir sehari suntuk Jumaat kami dengan rehat secukupnya. Ibadah sirr atau persegaran sel. Mudahnya tidor.

Komunikasi memang masalah. Kami nak jalan sendiri tapi Hasan agha insist nak bawak kami. Pagi tadi dia ambik kami dengan kereta besar tapi sekarang ni kereta kecik pulak. Rupanya dia pinjam kereta orang semata nak bawak kami. Baik sungguh pakcik ni.

Kami plan nak pergi bath house dulu petang tu tapi sebab komunikasi punya pasal kami sampai ke jambatan yang lasung tadak dalam list kami hatta kepala kami pun.

Sepahan direntasi Sungai Zayandeh. Jadi banyaklah jambatan-jambatan lama dan baru, cantik dan buruk macam yang kita tengok sebelum ni. Pol-e Khaju yang terkenal di sisi rakyat tempatan ni pulak sebenarnya memang tempat rakyat marhaen berpiknik petang-petang hujung minggu Jumaat.

Sudah adat, kalau mendalah tu ada depan mata tak kelapor nak naik. Tapi mentang-mentang di tempat orang, terhegeh-hegeh jugak nak naik pedalo angsa ni. Dengan Hasan agha sekali kami angkut walaupun awalnya dia segan tapi kami paksa. Kami belanja.

Aku duet ngan Ayep. Bapaklah letih nak kayuh mendalah ni. Tambah-tambah kalau kau nak main langgar-langgar dan nak kejar pedalo diorang yang berkuasa empat orang. Atas pedalo ni Hasan agha asyik cakap, "Aab bla bla," banyak kali. Dia kata air sungai ni sekarang dah surut tak macam dulu. Aab tu air.

44 Rotan

44 Rotan
(sebuah cerpenterpen (agaknyalah) nostalgia (lagi) sempena malam Nuzul Quran)

Air terbit membuak-buak dari kolam mata. Bertakung dek empangan bulu mata. Mata pun jadi berkaca-kaca.

"Mata dok tang mana?! Hah! Baca tu, muda-muda pun mata tak nampak dah?!"

Mata kau masih bergari tapi jadi rabun dek air mata yang sudah penuh. Kau berkelip. Air mata turun mengalir. Lega. Kau menekurkan muka memandang tajam pada helai-helai kertas kuning kusam itu. Sampai tembus kau pandang.

(Yang ini dua dibawah, tapi yang lepas tu ada yang mati. Ada sabdu di depan kemudian tanda calit. Ada alif lam. Ah! Macam mana nak baca?!)

"Hang dok tunggu apa lagi?!"

Herdikan yang menggegarkan seluruh jiwa ragamu. Air mata memercik lagi dari pundi-pundinya. Kau tak berani mengangkat muka tapi kau curi-curi juga memandang ke dapur mengharap belas mama. Tapi mama menyambung kerja-kerjanya di situ seolah-olah tak ada apa-apa berlaku. Dia nampak tak kisah. Maklumlah wanita besi. Sama ada hati mama memang kering atau mama faham orang tua itu cuma nak mengajarmu.

"Tengok apa kat dapur tu?! Ni tengok depan ni, muqaddam bukan ada di situ! Malam ni lagi hang tak boleh baca lagi tu jangan dok makan!"

Kau masih tersangkut di situ. Kepala otakmu ligat. Terasa macam sudah terbelit tersimpul bagaimana hendak membentuk bunyi bagaimana bacaannya yang patut terhasil. Mulut terkumat-kamit tapi tak ada suara yang berbunyi. Air mata bercucuran lagi. Mengalir seperti sungai sampai ke dagu. Ada yang termasuk ke mulut. Terasa masin kelat. Kemudian menitis di atas kertas kuning kusam sampai basah lencun. Sampai lumat. Sampai nampak tulisan-tulisan di muka-muka belakang.

Orang tua itu sudah mula menyampah.

"Dah, pi lah makan! Aku nak semayang dulu. Satgi mai sambung balik!"

Dengan kaki yang lembik kau jalan lemah-longlai tertunduk-tunduk sambil kau kesat air mata dengan hujung lengan baju melayu. Kau masuk ke dapur. Mama menghulurkan sepinggan nasi goreng. Sepanjang makan badan kau terhinggut-hinggut teresak-esak. Nasib baik tak tersedak. Kau kunyah perlahan-lahan.

Orang tua itu di luar sedang sembahyang. Dia membaca kuat. Surah itu dan ini dan kau masih makan.

"Mai sambung!"

Tengking yang meruntuhkan keyakinan diri dan meranapkan ego. Kau meninggalkan pinggan di dalam sinki sambil memcuci tangan. Mama tidak memandang pun. Sepatah pun tak berkata. Terus menyambung kerja membasuh kain pula. Mama memang pandai main politik. Tak memanjakan kau yang nanti bakal menggagalkan didikan orang tua itu dan tak pula nampak menyokong orang tua itu yang nanti bakal melukakanmu.

"Duduk, baca!"

Kau memerhati lagi. Mengeja. Cuba menyambung satu persatu. Kau sudah dapat sedikit. Tapi takut nak menyebut. Takut salah. Takut kena jerkah. Kau menyebut dalam tekak saja.

"Isy! Dia tak boleh lagi? Tadi tak dengar ka aku baca dalam semayang?!"

(Ah patutlah aku cam surah itu dan ini. Dia memang sengaja baca nak suruh aku dengar. Tapi takkanlah aku boleh tumpu. Aku tengah makan. Aku tengah sedih. Tengah layan lara. Anak yang tak terbela.)

Kau cuba lagi. Memberanikan diri menyebut. Sambil itu kau meghirup segala hingus yang ikut keluar bersama air mata. Atau sebenarnya air mata yang turun ikut lubang hidung. Sroot! Hirup dalam-dalam. Tapi kini, bacaanmu terganggu pula dek badan yang terhinggut-hinggut kerana esakanmu. Suaramu tersekat-sekat macam enjin kereta rosak yang cuba dihidupkan. Dan orang tua itu sudah hilang sabar.

"Eh, eh, eh, budak ni. Ni sebab tak makan 44 rotan lagi la ni. Dah, pi naik ataih!"

Kau menurut perintah tanpa bantah. Melangkah lambat-lambat naik tangga. Di belakangmu sebatang rotan sebesar kelingking memandumu ke atas.

"Buang baju, londeh seluar! Meniarap atas tilam tu!"

Lampu bilik ditutup.

"Amboi, kalau bercakap pandai. Suruh mengaji malaih. Satu! Dua! Tiga! Empat!"

Piap! Piap! Piap! Libas atas belakang.

"Amboih, kalau makan, kalau tidoq tu nak hat sedap-sedap saja.Tiga belas! Pat belas! Lima belas!"

Libas naik ke atas. Zap! Zap! Zap!

Sap! Sap! Sap! Libas turun ke bawah semula.

"Mai aku nak buang setan-setan hat dok buat liat mengaji tu! Empat puluh dua! Empat puluh tiga! Empat puluh empat!"

Lampu dibuka semula.

Orang tua itu turun. Kau menangis tanpa suara. Melayan pedih dan pilu. Orang tua itu naik semula menghulurkan minyak Wan Muda yang mujarab. Kau comorkan pada tubuhmu yang berbirat-birat merah dan biru.

Tammat - 17 Ramadan, 4.53 petang
Ketika orang lain sibuk ke majlis berbuka PERUBATAN

Sabil-Kuttab Sultan Mustafa 1759

Sebelum (ketika) islah


Selepas islah

Di Medan Sayeda Zeinab, kalau nak ke Moski atau Attaba atau Abaseyya, palinglah ke sebelah kiri setentang dengan Masjid Sayeda Zeinab di awal Sharia Port Said (sori amb* buku omputih sendiri tulih cenggitu).

Kerja-kerja pemuliharaan (pulih + pelihara) memang perlu tapi kadang-kadang (atau selalunya) menghilangkan rupa bentuk asal yang lebih detail dan delicate serta menghilangkan zouk serta feel sesuatu monumen sebab binaan baru biasanya terlalu mengambil mudah dan minimalis ...

Download PDF The 2000 Import and Export Market for Coffee and Chicory Extracts, Essences, and Concentrates in Oceana (World Trade Report)



No descriptions for this product.


Search Result :

the of and to a in - Microsoft Research_馆档网
the of and to a in for 1 is s on 0 that by this 2 you with i or it 3 be are as at from your all 4 5 not com more have an new ...



Download link for The 2000 Import and Export Market for Coffee and Chicory Extracts, Essences, and Concentrates in Oceana (World Trade Report) by :




Download Now

Mazhab Cinta

Berilah pada mereka yang menyekatmu,
Hubungkanlah mereka yang memutuskanmu,
Bantulah/Maafkanlah mereka yang menganiayamu.

Sahah Yaman, 29 Syaaban.

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
index