Hari Internasional

what i learn so far

Pakaian kebangsaan Sudan. Wanita rantau itu memakai pakaian ala-ala sari yang berwarna ranggi tapi kain menutup kepala dan pusat. Sudan ialah sebuah negara Arab seperti Somalia.

Pelita ayam dari Benua Keling. Di belakang gambar Gandhi dan Nehru. Karom berasal dari India. Orang-orang India marah pada filem Slumdog Millionaire kerana hanya memaparkan sebahagan kecil India. Memusatkan tumpuan kepada kawasan setinggan. Muslim dan Hindu hidup aman tetapi rusuhan agama berlaku selang sedekad. Masing-masing nampak kurang jujur demi maruah negara.

Pengaruh Syiah di Tanah Melayu.

Mangsa salah faham dua tahun berturut. Saudara, ini tudung saji, bukan terendak. We use this to cover our food, not our head!

Tarian dari penuntut Chad -semua tarian dari rantau itu i.e Sudan, Somalia, Eritrea hampir sama- yang sekali-sekala menggiurkan semacam pole dance.

Orang-orang (Malaysia terutamanya) lebih suka melawat dan melepak di pondok negara sendiri yang menjadikan hadaf Hari Internasional kurang tercapai. Aku datang lewat dan budaya Timur Tengah memang membosankan kerana semuanya lebih kurang.

Jalan Pulang


Jangan tengok jalan orang lain. Jalan kita sendiri dah ada. Jalan orang lain nampak hijau/lawa pun jangan, yang penting/pikir jalan kita sendiri.

******** ****** *******


Suez Canal Tours yang pemandunya serupa sial. | Berhenti untuk kencing berak. Tak dapat letak matahari terbenam di tengah-tengah gambar macam yang bisasa dibuat orang sebab takut termasuk adik-adik comel sedang ke jamban. Tapi hasilnya nyata lebih baik. | Stesen elektrik atau radio di tengah tiada mana (nowhere). | Orang-orang ini tak pandai atau tak tahu nilai sekeping gambar yang candid atau yang aksinya natural bersahaja. Pantang terkesan lensa kamera, mesti mahu posing saja. Sama macam anak-anak muda sekarang yang tak faham seni. Mahu sesuatu yang raw action, brute force, stret to the point dan sudah malas lagi berfikir.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XXIII
Akhir | Tammat

Malikul Saleh


Malikul Saleh bolehlah diterjamahkan sebagai raja/pemerintah yang adil.

Maka kata wakil Umno UK, "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut." Dan boleh jadi ahli-ahli kelab Umno pun takut. Apa nak buat, ahli-ahli kelab Umno rambut panjang kalau tidak cacak, warna rambut pun blond, leher tersangkut rantai, tangan terikat gelang, pakai baju T kalau tidak ketat, seluar jeans kalau tidak carik. Budak-budak Pmram atas kepala ada kepiah kalau tidak lilit serban, kadang-kadang kepiah Azhar warna merah, bahu tersangkut selendang burdah, pakai sebai, jubah kalau tidak baju kumbang atau baju raihan.

Maaf tapi ini yang aku nampak sendiri, bukan yang orang cerita kat aku sebab aku mengaji di sini bukan di Southampton, Britain. Aku tak kata salah pakai jeans. Aku pun pakai cuma sekarang badan tak mengizinkan. Rambut panjang pun aku tak kata salah sebab rambut aku pun panjang kecuali bagian warna rambut aku kata tak eloklah. Ahli-ahli kelab mesti takut, takut dibetulkan mana yang salah. Pegawai-pegawai mesti takut, takut dipersoal buat kerja-kerja tak sepatut.

Pmram tertubuh 16 tahun sebelum Umno tertubuh. Pmram tertubuh di Mesir dan didaftar di bawah Kementerian Sosial/Kemasyarakatan Mesir dan tertakluk di bawah undang-undang republik itu. Setiap bulan, pimpinan Pmram mesti menghubungi amin daulah atau keamanan negara/ketua polis? atau dihubungi amin daulah untuk dilaporkan segala aktiviti. Kerajaan Mesir yang kasar dan keras menekan pembangkang sepatutnya sewaktu dengan kerajaan Umno Malaysia. Pun Pmram boleh lepas tak ada masalah dengan kerajaan tempatan. Oh aku lupa. Ada orang pergi lebih jauh samakan dengan zionis. Maaf lupa
.

Alman Çeşmesi

Mengadap Sultan Setambul IV

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

German Fountain

Air pancut yang dibina oleh Kaiser Wilhelm II sebagai hadiah kepada Sultan Abdulhamid II. Tanda ingatan lawatan baginda ke Setambul dua tahun sebelumnya. Kaiser ialah gelaran eksklusif untuk maharaja Jerman yang berasal dari kata ceaser.

Mengikut rekabentuk neo-byzantine, air pancut ini dibina di Jerman, dihantar bahagian demi bahagian dan dipasang di Setambul. Siling kubah ditutup dengan mozek emas dan dihiasi tughra Sultan Abdulhamid II berselang-seli dengan simbol 'W' Wilhelm II.

Lawatan Wilhelm ke Setambul ialah untuk memujuk sultan membina Landasan Keretapi Baghdad dengan biayaan Jerman. Pun, ejen perisikan sultan mendapati ahli kaji purba yang mengikut Wilhelm sebenarnya ialah ahli kaji bumi. Jerman sedang mengintai telaga minyak yang kaya di utara Iraq.

Dalam bahasa Turki, huruf C calit dibaca dengan bunyi huruf C dan huruf S calit dibaca dengan huruf Shin arab.

Hitler Masih Hidup?

Teori konspirasi mengatakan, Adolf Hitler tidak mati membunuh diri bersama Eva Braun di dalam Führerbunker pada jam 3.30 petang tanggal 30 April 1945. Tetapi sebaliknya berjaya meloloskan diri ke Sepanyol atau Argentina atau lebih melampau lagi ke Antartika. Pada tahun 90an, akhbar tabloid gosip hangat lagi sensasi Bacaria melaporkan Hitler berjaya meloloskan diri ke Indonesia, memeluk Islam, meneruskan hidup dan kemudian mati di sana. Kini, satu bukti telah ditemukan yang memansuhkan segala mitos di atas. Adolf Hitler meloloskan diri ke Timur Tengah, beranak-pinak di situ dan berjaya mendidik anaknya menjadi pakar sakit puan yang berjaya.


Flora Athena

Entri ini aku tujukan khas untuk pembaca/penonton wanita blogku dengan ucapan

Bunga bukan sekuntum...

Lebah bukan seekor.

Anarki di Athina XIII


There's Something About Marriage


Satu benda yang aku tak faham ialah kahwin rahsia.

Ada kumpulan-kumpulan tertentu yang melaungkan kata-kata 'kikislah karat-karat jahiliyah'. Adapun untuk sesetengah pihak jahiliyah itu jadi berbeda-beda. Ada yang menafsir jahiliyah itu sufi, salafi, syi'i atau haraki. Dalam sibuk berperang dengan jahiliyah tafsiran masing-masing banyak pula yang lupa jahiliyah utama yang pelan diam meresap dalam semua. Jahiliyah sekularisma.

Mari menuding jari ke jihat barat seperti biasa.

Di barat mengikut acuan Hollywood, kalau ada orang yang cakap, "I'm getting married next month," dalam gembira kawan-kawan dia akan kata, "Oh man, why? We're still young, enjoy life," atau lebih berat lagi, "What? Married? Hahahahaha!" sebab di sana kahwin bererti end of life selain sesuatu yang memalukan, lame dan tidak cool.

Tapi kalau ada orang cakap, "Hey! Guess what? I got laid last night. With 'whoever name sounds sexy.'" dan kawan-kawan dia akan kata, "All right! Way to go man!" Kerana di sana hilang dara atau teruna sebelum kahwin ialah sesuatu yang membanggakan.

Secara mudahnya, orang barat suka menghebohkan kerja jahat sendiri dan kerja baik semacam kahwin disorok. Orang muda kita pun sekarang macam itu. Semakn menuju ke sana dalam tak sedar. Menyorok nikah kahwin. Barang baik itu janganlah disembunyikan. Malang, orang yang melaung supaya mengikis karat jahiliyah itulah yang kahwin rahsia.

Kasus-kasus kelakar

Kasus satu

Seorang perempuan menelefon seorang kawan dan bertanya," Engkau balik tahun ni?" Kawannya itu tak balik. Dia pujuk kawannya, "Jomlah balik tengok kawan-kawan kita kahwin." Kerana berbetulan memang ada kawan mereka yang bakal kahwin dan tidak merahsiakan. Dia pujuk berkali-kali, "Jomlah balik tengok kawan kita kahwin." Padahal dia sendiri yang nak kahwin. Busuk.

Kasus dua

Dua kawan sedang belajar di luar negara. Salah seorang kahwin tetapi kawan di tanah air tahu lebih dulu dengan alasan dia pemimpin besar sebuah pertubuhan besar.

Kasus tiga

Seorang perempuan juga, berkahwin tanpa pengetahuan rakan-rakan seumur. Tapi majlis pernikahan penuh dengan jemputan lain sampai pintu surau. Alasannya itu majlis pernikahan, majlis kenduri nanti jemputlah. Sudahnya rakan-rakan seumur tidak juga dijemput malah tak tahu pun kewujudan majlis kenduri. Tetapi budak-budak lain yang entah kenal entah tidak dijemput hanya semata-mata mereka dari kumpulan yang sama. Rakan-rakan seumur yang tidak ikut kumpulan tiada jemputan.

Merahsia pertunangan boleh diterima. Merahsia kerana tidak cukup bajet pun boleh lagi.

Ini bukan soal kumpulan itu dan ini tapi ini soal mentaliti dan kematangan. Tapi kalau ahli kumpulan tertentu yang buat macam itu nampaknya macam itu sebahagian ajarannya, nasiblah (sempat lagi). Macam mana tuan-tuan tubuh tu nak expect mengadap kita di hari tua bersama anak-anak masing-masing sedang dalam kepala aku berputar dulu-dulu masa kau nak 'valid'kan proses membuat anak tu aku tak tahu pun atau tak jemput aku pun. Aku tak taruh dendam malah don't give a damn tapi aku ingat.

Ini akibat terlalu lama berjauhan dengan orang tua, hidup sendiri-sendiri sama-sama, belajar faham-faham yang entah apa dan akhirnya sudah tak faham lagi adab, adat, budi bahasa dunia. Tak tahu lagi siapa yang patut diberitahu dan siapa yang tak patut. Macam mana nak beritahu dan macam mana yang tak patut. Siapa yang patut dijemput dan siapa yang tak patut.

Dan sudah tentu tulisan begini akan dianggap golongan pengikis jahiliyah sebagai tulisan marah daripada ilmiah. Merahsiakan kahwin sesuatu yang menyusahkan. Tunggu sajalah kad dari aku.


Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
index