Semalam itu, I met with a magical man. Beliau datang dengan seluar di atas dada menutup perut boroinya dan baju kemeja yang comot di poket. Di tangannya tujuh bungkus blueberry cheese cake dari Secret Recipe. Ditelaknya di atas meja di antara kami yang sedang menikmati nescafe O bancuhan Kak Sham. Katanya," Saya beli ni sebab PAS menang."

Salah seorang kami bertanya encik ini siapa. Misi-misi cepat-cepat, "Haish!" Langsung membongkar identitinya. Langsung tak sepertinya. Dia bertanya kami apa yang kalian belajar ... di klinik penjagaan luka ini. Seorang kami kata membebat luka. Sambil menjebeh katanya kalau setakat membebat luka tak guna belajar tinggi-tinggi. Sambungnya lagi susuah-susah kami dikepilkan ke sini demi mengenali cara luka siar.

Lalu dia tanya lagi kalian ini mahu sambung apa. Seorang jawab Kanak-kanak. Aku (konon-konon) Bius. Lagi seorang Kecemasan. Menjebeh lagi diterangnya hasil kelangsungan kuasa satus-quo, rencana 1care bakal terlaksana. Maka sarannya sambunglah mengaji yang ada nilai dagang (yakni bukan Kecemasan).

Persembangan meleret lagi sampai isu perkumpulan para penyokong Datuk Husam di depan SUK yang dihiasi dengan kisah perang Badar dan Uhud serta cerita pemecatan  Khalid al-Walid oleh Khalifah Umar. Kemudian datang ayat power:
Orang Islam pergi perang bukan untuk menang, tapi orang Islam pergi perang untuk sampaikan mesej.
 Beliau memborak lagi tentang pengalamannya menjadi pengarah di lima buah hospital sebelum diturunkan pangkat mengepalai Jabatan Forensik lantaran menentang orang atasan. Katanya istikharahlah agar Tuhan memandu keputusan kita menurut jalanNya. Esoknya beliau datang lagi melapor diri pada misi-misi sambil berkata, "Dekat sini tak bolehkah rawat hati yang luka?"

Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item