Bazar Bozorg

30 Tahun Revolusi Islami XXXIII

Seperti yang kita tahu, perkataan pasar datang dari perkataan Parsi, bazaar. Bazar Bozorg atau Bazar Qeysariyye ini tertubuh sejak abad ke-11 tapi datang sekarang ialah hasil ubahsuai abad ke-17. Tengok silingnya pun dah tahu barang lama. Bazar yang melingkar membentuk jalan berselirat ini kononnya sepanjang dua kilometer menghubungkan Jameh Masjid dan Medan Imam. Dikatakan ada satu jalan yang terus menuju situ yang kalau dilihat dari hujung masjid boleh nampak hujung medan yang cantik.

Oleh sebab dahulu masjid menjadi tempat tumpuan aktiviti orang ramai maka pasar dibina di sekeliling masjid. Malah kalau nak masuk Jameh Masjid pun mesti lalu ikut dalam pasar dahulu. Pun, mesti diingat pasar bukan tempat yang baik di sisi Islam. Pasar ialah tempat yang melalaikan. Sebab itu Nabi ajarkan doa khas untuk masuk pasar minta lindung dari syaitan. Sebab itu agaknya pasar dibuat dekat masjid sebagai ingatan.

Maka adik-adik manis sekalian, tidak baiklah pergi bershopping lama-lama. Malah ia mungkin membawa kepada kelalaian yang lain pula (one thing lead to another) seperti dating dan bla, bla yang bukan saja menyangkutkan anak gadis tapi juga para pria. Di sini orang Iran membeli jilbab dan chador mereka. Kain-kain rentang Asyura pun masih belum turun lagi.

Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item