Mengadap Sultan Setambul XXXIX
Gertak Galata, sejarahnya seusia Kota Konstantiniyyah. Dibina Maharaja Justinian merentasi Tanduk Emas menghubungkan Karakoy dengan Eminonu. Pada zaman-zaman pengepungan Konstantiniyyah, Osmaniyyah membina jambatan bergerak dengan melabuhkan kapal mereka sebelah-menyebelah merentangi Halic bagi membolehkan mobilisasi tentera dari sebreang ke seberang.
Sultan Bayezid II pernah cuba memperbaharui jambatan ini dengan menggunakan desain ciptaan Leonardo da Vinci. Bagaimanapun, ia tidak diluluskan sedangkan ia bakal menjadi jambatan terpanjang di dunia ketika itu jika benar-benar disiapkan.
Sepanjang sejarah, Gertak Galata dibina sebagai jambatan terapung. Walaupun panjangnya hanya setengah kilometer ia dikenakan bayaran tol pada kurun ke-19 sepertimana Jambatan Sultan Mahmud di Terengganu suatu ketika dulu.
Pada musim-musim sejuk begini ramai orang mengail di Halic. Tambah menggalakkan aktiviti memancing bilamana ada orang menjual kelengkapan berupa umpan anak ikan, umpan udang, mata kail dan timah pemberat.
Berbeza dengan kita di Mesir, musim sejuk semua orang tidur tapa di rumah. Ketika musim panas membakar kulit baharulah semua rajin keluar rumah dan jambatan-jambatan merentangi Nil dipenuhi joran-joran. Pun, tahun ini, lebih banyak orang menjual minuman 'hummus'. Pelik apa entah, minum minuman pedas bawah remang terik mentari.

Post a Comment