Pada suatu hari, selepas balik dari menghantar orang kerja kilang atau ketika balik dari kedai hardware, Uji terserempak dengan lori yang mengangkut anak-anak beruk. Uji beli seekor konon untuk mainan Lah. Seekor RM50. Sekarang beruk itu di bawah jagaan Che Rohim dan diajar naik nyiur.
Berikut ialah pemerhatian aku dari hal tabiat beruk.
Berikut ialah pemerhatian aku dari hal tabiat beruk.
- Beruk kedekut. Kalau anda hidangkan semangkuk air untuknya. Lepas puas minum walaupun tak habis, beruk akan tuang semuanya ke tanah. Macam tak nak bagi orang lain minum.
- Beruk tamak.Kalau anda tengah makan pisang, kemudian anda patahkan sikit pisang tu kasi kat beruk. Beruk akan campak pisang tu ke tanah sebab dia nampak ada yang lagi besar dalam tangan anda. Dia nak yang itu.
- Seperti kera mendapat bunga, jangan biarkan anak ayam ternakan anda datang dekat dengan beruk. Nanti beruk akan mengoyak (literally) anak ayam anda.
- Beruk bermusuh dengan kera. Kalau ada kera liar yang datang dekat, beruk akan mula bising-bising dan marah-marah.
- Kaedah untuk semua binatang. Jangan diajar dengan kemewahan. nanti naik lemak. terlanjur, Che Rohim dah ajar beruk ni minum kopi O manis.
- Beruk kurang minat eye contact.
Post a Comment