Pesan Nabi tentang Mati

Keranda diusung laju. Yang dekat berpusu-pusu. Cuba mengampu. Kalau tak mampu, tersentuuh hujung jari pun memadai. Yang jauh mengangkat jari tunjuk ke langit. Mulut terkumat-kamit. Menyebut nafi dan isbat. Keranda diusung pergi naik ke masjid.

Assolatul ganazah athabakumullah~ Assolatul ganazah athabakumullah~

"Solat jenazah empat takbir, takbir pertama baca al-Fatihah, takbir kedua selawat ke atas Nabi seperti selawat dalam tahiyyat, takbir ketiga doa kepada mayat dan mayat ini lelaki, takbir keempat doa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Hendaknya kita beringat, lahir kita dengan azan dan iqamat, mati kita dengan solat. Begitulah ibarat, hidup manusia yang singkat, sekadar waktu antara azan dan solat."

Allaaahuakbar....

Ayep: Kenapa orang baik-baik mati dulu ah?
Aku: Tuhan ambik orang baik dulu, supaya orang jahat macam kita sempat tobat.
Ayep: Betul lah tu.

Sheikh Fathi Yakan yang mengarang kitab 'Apa ertinya saya menganut Islam?' yang menjadi sebahagian manhaj usrah dari serendah-rendah sekolah sampai setinggi-tinggi universiti di serata Malaya (atau dunia) dan diajar setiap malam Selasa di Musolla Taman Sri Nibong dan pengarang kitab 'Golongan yang Gugur di Jalan Dakwah' telah wafat. Al-Fatihah untuknya.
-------

Aku, telah gugur di jalan dakwah (tapi gugurnya tidak berderai).

Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item