Celah ketiak van der Sar

Telah mengesan gejala bipolar dalam diri iaitu serangan idea-idea bertuhbi-tubi tapi tak tau nak pakai yang mana dulu maka aku mengutip cakap-cakap sendiri, taksub-taksub Barca, pemuja-pemuja MU dan orang-orang atas pagar yang puas kerana dendam terbalas.

Sorry, sorry Man U
Pantun versi aku untuk slogan di atas terlalu keras maka tak dicatat di sini setelah dibantah oleh Suib dan I.K. Tan walaupun masing-masing ialah peminat F1.

Park Ji-Sung menekur muka ke bumi. Syurga tak menyebelahi kami (syurga maksudnya bukan Amaterasu Omikakmi tapi Buddha Sakyamuni). Lionel Messi mengangkat muka ke langit. Syurga menyebelahi kita. Dua jari ditunjuk ke atas, satu tangan kanan satu tangan kiri (satu untuk Isa satu untuk Virgin Mary).

Siapa sangka orang yang pendek macam Messi boleh menanduk tinggi (Van der Saar tak sangka, buruk sangka). | Forca Barca. Main cantik. Menang jantan. | Waruk balik rumah terus pasang lagu Barca sambil tangan tabik mengadap jersi blaugrana.

Ronalbi menunjukkan sikap busuk. Pabila orang tak jatuhkan dia, dia nak jatuhkan orang pulak. | Tak apa, at least MU main open macam jantan. | The best team won (walaupun mungkin cakap dalam tekak saja). | Alex Ferguson membuat lawak dengan mengatakan mereka tim muda yang membariskan pemain-pemain remaja seperti Ryan Giggs, Paul Scholes dan van der Sar.

Aku akhiri dengan kenyataan dari pemuja MU paling cool, Mede Sapar:
"Bola dah tak bulat dah, sekarang ni bola dah jadi petak."

Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item