Tentang orang yang terbuka fikirnya


Aku suka kata-kata ini yang aku kutip dari Reader's Digest.

“I try to keep an open mind, but not so open that my brains fall out.”

Harold T. Stone

Adapun selepas, ada orang yang berfikir fikiran mereka terbuka tidak suka (dislikes, not hate, mind you) orang yang berfikiran terkatup. Pabila sudah ada rasa tidak suka, mungkin sekali mendorong kepada orang berfikiran terkatup ditinggalkan atau kata-katanya tidak lagi diambil kira atau pemikirannya yang terkatup itu tidak dianggap bernilai atau tidak bernilai untuk dinilai pun.

Nah, di mana keterbukaan fikiran pabila fikiran orang yang terkatup fikirannya tidak ditimbang langsung?

Perhatikan firman Tuhan:
"And the servants of the Most Gracious are they who walk on the earth in humbleness, and when the ignorant address them, they say: Peace." (25:63)
Peace yang ada tafsiran sebagai menjawab orang yang jahil dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini, ada tafsiran sebagai mengucap selamat iaitu selamat tinggal.

Rujuk silang pula dengan sabda Nabi:
"Hikmah itu adalah barangan tercicir (dari tangan) orang mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang berhak terhadapnya."

---
Di SINI, orang Muar mula patah hatinya kerana salah faham orang pada tulisannya, mungkin?

Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item