Cinta Buya HAMKA

Kata Buya Hamka, cinta itu asalnya dari belas dan kasihan. Dari kasihan dan belas akan naik darjatnya kepada cinta yang akan mula tumbuh. Kemudian cinta yang datang dari kasihan itu akan mula berceding, memekar, berputik dan membuah.

-----------------------------------------------

Buya HAMKA selalunya betul. Katanya, pada lelaki perempuannya itu hanyasanya miliknya seorang. Indahnya, cantiknya, anggunnya tak seorang pun lelaki lain yang boleh memuji bahkan menyebutnya pun.

Aku telah menghalakan kanta kamera ke arah istri-istri orang di meja makan tempoh hari dan termasuk dalam bingkai itu ialah Aniah dan Lina.

Tiba-tiba, Ust Fawwaz sedar! "Eh, anta ambik gambar apa tu Mal?" Maka aku pun cover lah dengan, "Eh takdak apa aih ustat, saja ja. Meh ana ambik gambar ustat satu." Dia pun posing depan kamera.

Buya HAMKA memang betul. Katanya, tapi pada perempuan lelakinya itu seperti dokoh emas yang tersangkut pada lehernya, atau anting-anting yang tergantung pada cuping telinganya atau gelang-gelang berlian yang terikat di tangannya untuk diperagakan, ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan.

Sayang aku tak sempat rakam wajah dan betapa gaya Aniah yang memberi tumpu dalam bangga saat Ust Fawwaz memberi ucap dan ingatan.

Syazwan berjaya mendidik Asma minum air Fayrouz.

Kadir pula semakin westernized setanding istri.

Anugerah pakaian terbaik dimenangi Iqbal yang mengenakan sepersalinan lengkap pakaian kebangsaan dan Mede berpakaian seperti budak-budak baru balik mengaji.

Aku tak minat sangat nak cakap pasal bab nikah kahwin tapi dek kerana puak-puak ni macam dah tak ada topik lain nak bersembang tanpa mengambil kira perasaan beberapa orang yang belum ada rezeki utnuk berpunya maka aku ikutlah.

Tahun ni, kita dah tak bertukar-tukar gambar lagi kan...

-------------------------------------------------

Tapi katanya lagi, kalau cinta yang subur dan terangkat dari kasihan dan belas itu jatuh kembali kepada kasihan maka padahlah.


Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item