Sila baca dengar entri ini sambil dengar lagu IS IT YOU? Nyanyian hitomi.
Aku paling tak minat buat rebiu (ulasan/review) kedai makan, buku, atau filem.
Malam ni aku nak buat rebiu drama. Drama Jepun tajuk dia Shotgun Marriage atau terjemahan tajuk Jepun dia secara literal 'Berkahwin Kerana Mengandung'.
Kisahnya Yutaka Takenouchi dan Ryoko Hirosue (aku lupa nama watak, pakai nama pelakon sajalah) telah ber'one night stand' walaupun tak pernah kenal dan baru kali pertama berjumpa ketika dalam satu percutian. Akibatnya Ryoko mengandung yang patutnya orang panggil bunting pelamin. Jadi dia orang terpaksa kahwin. Macam dalam kisah cinta biasa dalam atau luar cerita banyak masalah timbul.
Ada perempan minat Yutaka. Ryoko jadi jeles. Yutaka pulak cemburu. Ada laki minat Ryoko. Ryoko pulak asyik melayan laki-laki lain lebih-lebih. Ryoko terasa Yutaka tak serius dan main-main. Yutaka pulak rasa Ryoko tak hargai dia. Ryoko pulak bila Yutaka lambat sikit ucap hari jadi kat dia atau lambat sikit angkat telefon terus merajuk. Yutaka pulak cepat sangat bosan dengan Ryoko yang kuat merajuk, mengada-ngada dan terlalu sensitif. Tapi akhirnya masing-masing dapat terima satu sama lain sebagai pasangan yang ditakdirkan. Kemudian muncul pulak bapa Ryoko yang konservatif sampai Yutaka dan maknya berjumpa bapa Ryoko macam petani mengadap daimyo.
Pun, akhinya aku tak dapat tahu kesudahannya kerana tak dapat tengok episod akhir sebab petang itu ada kelas tambahan Matmatik Tambahan. Setiap episod ditutup dengan lagu IS IT YOU? Nyanyian hitomi dan macam drama Jepun yang lain dua tiga adegan penting episod tu ditayang semula.
Di bahagian bawah kredit tu ada karikatur kereta antik yang Yutaka bawa dalam drama yang ditunjukkan sepanjang lagu tema berjalan atas jalan yang sekejap rata sekejap berbonggol sekejap rata sekejap bergunung sekejap rata sekejap bergerigi dan akhirnya rata yang menunjukkan love life Yutaka dan Ryoko sekejap up sekejap down sekejap senang sekejap susah tapi akhirnya ok juga dan dia orang tetap naik kereta sama-sama.
Sebab Yutaka dan Ryoko tahu dia orang tak boleh lari ke lain. Dia orang cuma ada antara satu sama lain. Tak macam orang lain yang agaknya sebab dia rasa dia laku atau dia rasa dia ada banyak calon lain jadi dia tak hargai apa yang dia dah ada. Agaknya dia orang ni tak rasa betapa mahalnya nak dapat orang yang dah lama kita minat diam-diam tapi rupanya dia pun minat kita atau betapa susahnya nak dapat orang yang semua orang pun minat kat dia atau semua orang pun target dia tapi dia minat kat kita sorang saja. Macam mimpi. Macam dream come true.
Sebab ini semua jalan untuk kita sama-sama grow up.
Cakaplah terang-terang. Tapi yang lagi penting dengarlah dulu. Dengar betul-betul.

Post a Comment