Medan Syntagma

Medan Syntagma atau Medan Perlembagaan. Setaraf dengan Medan Tahrir di Kairo.

Medan yang menempatkan bangunan parlimen.

Dan hotel paling mewah di Greece, di belakang aku itu.

Di depan bangunan parlimen ada Tomb of the Unknown Soldier. Hoplite -askar berperisai purba- yang tergambar di situ terbaring dalam posisi opisthotonus iaitu mati kerana tetanus.

Dulu aku sangka makam ini milik makam askar purba yang tak diketahui identitinya. Kemudian baru tahu konsep tomb of the unknown soldier ialah makam simbolik untuk tentera yang tak dapat dikenal pasti atau hilang.

Dan di depan makam itu terpacaklah dua orang evzones. Evzones ialah elite infantry dan mountain unit tentera Greece.

Mereka mengenakan pakaian tradisi Greece yang berevolusi daripada pakaian klepht, tentera yang bertanggungjawab memerangi dan mengusir Uthmaniyyah dari tanah Yunani. Sudahlah pakai skirt, kasut pulak macam badut. Seragam ini gaya Macedonian yang dipakai ketika musim dingin.

Setiap jam, evzones ini akan bertukar syif. Upacara pertukaran gad menjadi tarikan utama di sini macam gad di UK yang pakai bearskin tu lah. Setiap pagi Ahad upacara lebih meriah dengan pancaragam dan seragam gaya tanah besar Greece.

Kawatnya pelik, buruk dan kelakar menurut kata orang lain. Aku ok je.

Ketua membetulkan topi anak-anak buah. Sebenarnya tak senget pun topi tu tapi ambil syarat baru nampak ada tujuan ketua dia iring.

Askar moden pula bertindak sebagai gad kepada mereka kalau-kalau ada pulak pelawat yang melebih-lebih atau menganggu konsentrasi evzones ni.

Angkat kaki tingg-tinggi sampai terselak skirt.

Waktu ni dua-dua gad akan tahan kaki masing-masing untuk beberapa lama. Kemudian baru sambung kawat.

Gad ni macam tengah menari. Lepas habis syif mereka akan kawat sampai sebelah parlimen. Kami cuba ikut tapi kejap saja dah ghaib gad-gad ni. Agaknya dah ada kereta tunggu kat sebelah tu.

Anarki di Athina X

Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item