Mengadap Sultan Setambul II
Dalam bahasa Turki, huruf C dibaca dengan bunyi huruf J.
Masjid Sultan Ahmad dibina atas perintah Sultan Uthmaniyyah ke 14, Sultan Ahmad I. Projek bermula pada tahun yang sama Tokugawa mengisytihar menjadi shogun di Jepun dan tamat 14 tahun berikutnya.
Kubah bertingkat, kubah separuh yang masyhur.
Sultan Ahmad membina masjid ini dengan harapan Allah menyebelahinya lantaran kalah perang dengan Parsi dan terpaksa berdamai dengan Empayar Habsburg.
Masjid-masjid Uthmaniyyah biasanya dibiaya dengan harta rampasan perang, tetapi Sulatan Ahmad yang tak pernah menang besar terpaksa mengorek wang dari perbendaharaaan yang menungundang kemarahan para ulama.
Konon masjid ini sengaja dibina menghadap Haghia Sophia kerana mahu membanding dan menunjuk orang Islam juga mampu membuat binaan sehebat atau lebih dari Byzantine. Tapi sebenarnya, kerana kawasan itu dekat dengan Istana Topkapi.
Sebagai salah satu antara dua masjid di Turki yang mempunyai enam menara, masjid ini sekali lagi mengundang kemarahan para ulama. Enam menara dianggap sebagai bidaah dan sultan dikecam sebagai bongkak kerana mahu mencelen dan mengeteng Masjid Haram. Sebagai penyelesaian, sultan membiaya pembinaan menara ketujuh di Makkah.
Sultan sebenarnya mahu menara daripada emas. Tapi kerana perkataan emas dan enam dalam bahasa Turki hampir sama -tengok, dalam bahasa Melayu pun nak sama- jadi arkitek Mehmet Agha mengambil maksud enam kerana menara emas lebih mahal.
Konon di atas pintu masuk direntangi rantai -yang aku tak perasan wujud- supaya sultan yang datang ke masjid dengan kuda terpaksa turun dan masuk berjalan kaki dengan rasa rendah hati sama seperti orang banyak.
Tempat untuk abdest selain yang ada di halaman.
Pada pintu masuk tertulis ayat Allah: Guard strictly your prayers, especially the Middle Prayer (Solatul Wusta); and stand before Allah in a devout.
(2:238)
Minah Perancis kawan kepada Claire yang kuat merokok dan Nagwa yang lawa kerana mix dengan Morocco berkata, "Why do they call it Blue Mosque? I think they should call it Grey Mosque." Untuk itu kenalah masuk ke dalam...
Allah Kabulese

Post a Comment