Salam. Haale shoma?

30 Tahun Revolusi Islami I

Setelah aksi-aksi dramatik bagaikan bersa'ie dari Guburlak ke Bazargan, berjayalah kami lima bersaudara atau sekadar lima sekawan ke negara paksi kejahatan ni.

Kabab yaa...

Itu jawab Encik Kambiz, pilot Aeroflot yang kami jumpa atas bas bila ditanya apa makanan yang best di Iran. Akhirnya sepanjang di Iran kami asyik mengadap chelo kabab ni saja. Mungkin kami tak cukup explore atau makanan Iran memang tak banyak variety.

Chelo kabab ialah kabab daging yang panjang -kabab Iran, Turki dan Syam semuanya daripada daging hancur- dihidang bersama nasi beras basmati -di Iran hanya ada basmati- dan tomato panggang. Kuah pulak tak ada. Cuma ada seketul mentega yang
dicairkan oleh nasi yang panas.

Waktu makan ni barulah orang-orang Iran mula bermesra. Nak pukul-pukul gambar, tawarkan ayran -rayeb. Awal-awal tadi agaknya masing-masing di negeri orang jadi perantau. Sekarang dah masuk Iran agaknya barulah terasa diri sendiri tuan rumah dan kami tetamu.

12 jam lagi kurang lebih, barulah sampai ke kotaraya Tehran. Muhammad hampir-hampir give up. Katanya nak saja dia cakap dekat pakcik drebar. Berhentilah pakcik, saya dah tak larat. Kurang lebih jam lapan suku atau setengah pagi, sampailah kami ke Terminal Azadi. Macam Puduraya kata Kak Firuz.

Pinjam gambar Ayep sket. Hack gila katanya.
"Faris, why you wear like that? People will think you're from Afghan."


Ketibaan kami di Tehran disambut dengan salji. Salji pertama untuk tahun tu setelah 47 hari musim dingin mula, menurut akhbar The Tehran Times. Kata Phuong, you are so lucky. Masa baru-baru sampa, dia sendiri excited dengan salji tapi sekarang dia paling tak suka. Dia sampai dengan Taybeh -boleh jadi Taibah sebenarnya- kawannya dari Afghan selepas setengah jam kami telefon.

Ayatollah Ruhollah Khomeini dan Ayatollah Ali Khameini.
Kami sampai ke Iran di ambang sambutan 30 tahun revolusi Islam. Banyaklah bunting-bunting macam ini yang muncul. Dipaparkan pemimpin tertinggi Iran atau Leader of Islamic Revolution yang dulu dan sekarang. Agaknya Fajr yang tertulis tu maknanya revolusi tu bagaikan matahari yang menerbitkan sinar baru untuk Iran.


Selepas lawatan ringkas ke Menara Azadi, kami ke stesen BRT atau Bus Rapid Transit. Inovasi baru dalam sistem pengangkutan yang di pelopori bandar-bandar Amerika Selatan. Bayangkan LRT tapi keretapinya diganti dengan bas dan bukan bas elektrik. Kos membina dan membela lebih murah. Macho jugaklah Tehran ada benda alah ni. Tapi Phuong kata tetap crowded jugak. Dia tak datang Kairo lagi...

Atas bas bersungguh Phuong ajar kami. Here, the alif is not a but o. So Azadi is not a-za-di but o-zho-dhi. Bersungguh benar.


Tehran digelar The City of 72 Nations dan aku tak tahu apalah 72 nations tu. Kami pun tak sabar-sabar nak tinjau sendiri The Perfect Country in the Eyes of Faisal Tehrani. Beza Tehran dengan Kairo ialah jalan-jalannya yang luas lagi lebar. Sudah tentu jugak lebih bersih dan kurang zahmah walaupun bersungguh-sungguh Phuong kata crowded. Kat Tehran ni kadang-kadang rasa macam duduk di Malaysia.

Dalam teksi kata Phuong kitorang lagi elok kalau datang dua tahun lepas. Sebab sejak dua tahun kelmarin, inflasi makin tinggi. Kata Phuong, here the people are all handsome and beautiful but they dont smile very much. They are friendly but inside they are not happy. Here, I dont see colors, everything is black.


Kami diheret ke pejabat Mojiri Agha, ahli perniagaan yang Phuong pernah tolong di Vietnam. Katanya kalau apa-apa susah, carilah dia di Iran. Mulanya, Phuong cuma nak tanya dia kat mana nak cari hostel murah-murah. Alih-alih dia tawarkan kami tinggal kat rumah dia.

Lama jugak kami lepak di pejabat dia. Sarapan. Sandwich. Dan dihidang dengan air dalam botol merah yang aku tak bajet boleh masuk/jumpa di Iran. Coca-cola. Ingatkan diorang ni jaga sangat bab-bab muqataah.

Begitulah...


Post a Comment

Power Inverter Discount

Powered by Blogger.
It's free
item